Zaid Bakal Tarik Diri?

Posted on Oktober 14, 2010

0



Berita yang baru kami terima adalah Zaid Ibrahim bakal menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Ini ekoran apabila Nurul Izzah nak bertanding jawatan tersebut.

Dari sumber – sumber dalam parti, Zaid Ibrahim sekarang di dalam dilema samada mahu terus bertanding mahupun tidak. Sekarang dia dipujuk oleh orang – orang keliling dia untuk meneruskan pertandingan tersebut. Namun dia sendiri tidak mahu.

ORang – orang yang berkepentingan telah memaksa dia untuk teruss bertanding kerana niat mahu memegang kuasa dengan pantas. Namun tindakan ini akan menghancurkan parti. Mereka yang tidak sabar akan memaksa orang baru seperti Zaid untuk mencabar orang – orang lama dalam parti dan sekali gus wujud perpecahan dalam parti.

Sekarang mata semua menghala kepada Zaid, adakah dia akan menarik diri dan mengotakan janji dia atau tidak? Zaid harus kotakan janji untuk mengelakkan dirinya dilabel sang penipu.

Sama – sama kita perhatikan .

Posted in: PKR, Zaid Ibrahim