Kumpulan Zaid membalas serangan

Posted on Oktober 9, 2010

0



Semalam kami dihubungi oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai. Diberitakan, unit perang saraf kepada Zaid Ibrahim, membuat satu blog yang ditujukan khusus untuk melawan kami.

Kami menyambut baik kehadiran blog tersebut oleh kerana kami percaya kepada kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kami akan umumkan tak lama lagi alamat kepada blog tersebut. Kita sedia maklum, laman sesawang seperti Free Malaysia Today dan Malaysia Today dipergunakan oleh Zaid Ibrahim dengan bantuan dana dari seorang tokoh korporat yang jahat.

Ada juga yang melaporkan terdapat wartawan-wartawan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang diupah bagi menaikkan imej Zaid Ibrahim dan memburukkan pencabar terkuatnya.

Kita akan turut mendedahkan nama-nama wartawan dari kedua-dua media tersebut yang menerima “upah” dari kumpulan Zaid Ibrahim.

Teruskan bersama kami.

Posted in: PKR, Zaid Ibrahim