3 DaLIL Kenapa Khalid Ibrahim tak Sesuai Jadi T.Presiden

Posted on Oktober 7, 2010

2



Sekarang ni heboh dikatakan MB Selangor nak bertanding kerusi T.Presiden PKr. Bertanding sebab dia dah menang kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.  Ada 3 dalil utama kenapa Khalid Ibrahim tak sesuai jadi Timbalan Presiden,

1) Khalid Ibrahim tak sesuai kerana dia tak punya cukup kekuatan untuk memimpin Cabang dia sendiri. Nak lawan timbalan presiden tapi di kawasan sendiri pun menang tipis. Memanglah dia dapat 722 undi. Tapi dia kena ingat jika undi Mazli (122) dan Muhammad Kamilvaanan(348) dia gabungkan dan undi rosak (202) itu digabungkan, nescaya selamat tinggal wahai Khalid. Undi terpecah 2 dan undi protes pon ada. Khalid jangan dabik dada nak lawan Timbalan Presiden. Kuatkan dulu rumah sendiri.

2) Khalid perosak cabang – cabang di Selangor. Lihatlah apa yang terjadi sepanjang proses pengundian. Kecoh bergaduh kerusi pecah dan macam – macam hal lagi. Kalau Khalid jaga elok – elok cabang – cabang di Selangor sudah pasti tak jadi isu macam ni. Sebab Anwar bagi kat Azmin suruh jaga tapi dah jadi busuk pun.

3) Nak bagitau ni, kalu Khalid kalah jadi Timbalan Presiden dia kena ingat jawatan MB dia tu akan musnah. Dah elok – elok ada pengaruh kat sana bila kalah esok tup – tup melingkup.  Kalah timbalan presiden esok malu dia nanti. Ingat ni pertandingan besar ni. Kalah nanti media nanti kata dia takdak kredibiliti. Nak jadi MB macam mana kalau ahli parti tolak dia.

Jadi nasihat buat tukang bisik Khalid Ibrahim, jangan paksa dia bertanding. Nanti kerusi MB melayang esok nanti. Kan KHallid ada kata, dia bukan orang politik. Jadi bagi jawatan Timbalan PResident tu pada orang yang reti berpolitik. Khalid jaga elok – elok negeri Selangor.

Posted in: Uncategorized