Ahli masih sayangkan parti

Posted on September 20, 2010

1



Pencalonan bagi jawatan tertinggi parti yang dilakukan oleh cabang-cabang membuktikan bahawa ahli-ahli masih sayangkan Parti Keadilan Rakyat.

Wang dan habuan tidak dapat membeli kesetiaan ahli. Dana yang datang dari ahli perniagaan yang rakus dan tamak masih belum mampu menggugat kesetiaan ahli akar umbi KeAdilan.

Setakat ini, trend pencalonan berada di “track” yang betul. Malaysiakini membuat laporan mengenai pencalonan yang berlaku semalam.

Semoga ahli-ahli di cabang-cabang terus melakukan perkara yang benar. Jangan biarkan KeAdilan yang ditubuhkan semenjak 1999 musnah akibat daripada pihak-pihak yang baru menyertai parti selepas 8 Mac 2008. Renungkanlah…

Posted in: PKR, Semasa